awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan 289 pelajar dari Kuching ke kolej matrikulasi ditangguh - KPM

Bernama
Bernama
30/07/2020
22:32 MYT
Kemasukan 289 pelajar dari Kuching ke kolej matrikulasi ditangguh - KPM
Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan, KPM akan menanggung kos tiket penerbangan baharu pada kadar kelas ekonomi.
Kemasukan 289 pelajar dari daerah Kuching ke kolej matrikulasi di seluruh negara ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti daerah Kuching sebagai zon merah semalam.
Susulan itu, kemasukan 154 pelajar Kolej Matrikulasi Sarawak terletak di dalam daerah Kuching juga ditangguhkan.
"Pihak kolej matrikulasi akan menghubungi semua pelajar yang terlibat dengan penangguhan ini. Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan untuk tujuan kemasukan ke kolej matrikulasi dan terjejas akibat penangguhan ini, KPM akan menanggung kos tiket penerbangan baharu pada kadar kelas ekonomi.
"Pelajar perlu mengemukakan tuntutan yang disokong oleh dokumen pembelian tiket tersebut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Pendidikan
#KKM
#Kolej matrikulasi
#Kuching
#matrikulasi
#pelajar
#pendidikan
#penerbangan
#Sarawak
#tangguh
#tiket
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan