awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembahagian kerusi PRN, PRU diteliti semula, libatkan Friends of BN - Ahmad Zahid
PETRONAS boleh runding dengan Rusia untuk perolehan minyak - PM Anwar
Pemukiman khas tangani jenayah dalam talian secara bersepadu akan diadakan - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan KIMMA sebagai parti teras belum dapat persetujuan sebulat suara BN - Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/04/2026
04:36 MYT
Kemasukan KIMMA sebagai parti teras belum dapat persetujuan sebulat suara BN - Zahid
Ahmad Zahid berkata, sehingga kini, persetujuan tersebut masih belum dicapai, yang menjadi kekangan utama kepada hasrat KIMMA untuk diiktiraf sebagai parti teras dalam BN. - Gambar/ Astro AWANI
Barisan Nasional (BN) menegaskan sebarang permohonan untuk menjadikan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebagai parti teras gabungan itu tertakluk kepada persetujuan sebulat suara daripada semua parti komponen.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini, persetujuan tersebut masih belum dicapai, yang menjadi kekangan utama kepada hasrat KIMMA untuk diiktiraf sebagai parti teras dalam BN.
“Perlembagaan Barisan Nasional menetapkan mana-mana permohonan untuk menyertai BN sebagai parti teras mesti mendapat persetujuan 100 peratus daripada semua parti teras sedia ada.
“Itu adalah kekangan yang kita hadapi ketika ini,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung KIMMA ke-46 bagi tahun 2025 di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, jika benar terdapat pihak dalam kalangan parti komponen yang tidak menghalang penyertaan KIMMA, perkara itu perlu dibuktikan secara rasmi dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan datang.
“Jika benar mereka tidak menghalang, saya mahu perkara itu dibuktikan dalam mesyuarat dengan membuat kenyataan rasmi dan bertulis untuk menerima serta meminda Perlembagaan BN.
“Kita tidak mahu kenyataan berbeza antara media, ucapan dan dalam mesyuarat. Kesetiaan mesti konsisten, di depan dan di belakang, siang dan malam,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan kesetiaan dalam sesebuah gabungan politik mempunyai nilai yang tinggi dan tidak boleh dipermainkan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kimma
#Zahid Hamidi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan