awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan MRSM kekal untuk pelajar semua aliran - Mahdzir Khalid

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/09/2021
09:58 MYT
Kemasukan MRSM kekal untuk pelajar semua aliran - Mahdzir Khalid
Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan replika Sumbangan Amal Pelitawanis TNB di Hospital Kuala Nerang pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
PADANG TERAP: Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tanpa mengira aliran sekolah selaras dengan konsep 'Keluarga Malaysia'.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan diguna pakai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama pegawai dan kepimpinan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Kita bersetuju untuk kembali kepada dasar asal maksudnya pelajar-pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Agama ataupun Sekolah Menengah Agama, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil juga boleh memohon,” kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Amal Pelitawanis TNB di Hospital Kuala Nerang di sini, hari ini.
Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, dasar 10 peratus pengambilan pelajar bukan Bumiputera juga kekal dan tiada sebarang perubahan.
Menurut beliau, kelayakan dan pemilihan pelajar pula dibuat berdasarkan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang menguji kecenderungan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta keperibadian pelajar.
“Untuk proses selanjutnya berkaitan dengan Maktab Rendah Sains Mara kita serahkan kepada pengurusan Mara untuk buat balik laman web itu kerana dia punya tarikh tutup permohonan adalah pada November 2021,” jelas beliau lagi.
BACA: MRSM: Langkah terkebelakang halang masuk pelajar aliran vernakular, agama - Sivarraajh
Kata Mahdzir, kualiti dan sistem pendidikan yang tersendiri serta berkualiti tinggi yang diterapkan MRSM telah menyebabkan permintaan dalam kalangan pelajar sangat tinggi.
Bagaimanapun, MRSM hanya mampu menampung sejumlah 7,500 pelajar tingkatan satu dan 2,000 pelajar tingkatan empat bagi setiap sesi pengambilan tahunan.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, permohonan yang diterima tahun ini berjumlah 77,834 bagi tingkatan satu dan 24,495 bagi tingkatan empat untuk sesi kemasukan pada tahun 2022.
Katanya, MRSM akan mengekalkan dasarnya menyediakan kuota 60 peratus kepada pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga B40 bagi mengikuti pengajian di maktab berkenaan.
Sistem pendidikan MRSM adalah bertujuan membuka peluang pendidikan menengah bagi melahirkan pelajar bumiputera yang holistik, cemerlang dalam bidang akademik, sains, teknologi dan keusahawanan.
Penerapan sistem pendidikan MRSM juga berbeza dengan sistem pendidikan lain dari aspek kemampuan kognitif dan sahsiah pelajar.
MRSM mengumpulkan pelajar cemerlang dan berpotensi tinggi selari dengan ciri-ciri saintifik, berdikari, kreatif, amanah dan patriotik.
Untuk rekod, bilangan MRSM di seluruh negara adalah 55 buah yang mampu menampung 37,198 pelajar.
Sebelum ini, waris serta beberapa pemimpin pembangkang menyuarakan bantahan terhadap syarat baru kemasukan MRSM yang hanya menerima pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja.
Laman rasmi MRSM bagi kemasukan 2022 antaranya menyatakan kemasukan bagi tingkatan satu dan empat hanya dihadkan kepada permohonan calon dari SK dan SMK.
Topic Berkaitan
#MRSM
#Maktab Rendah Sains Mara
#dasar pengambilan pelajar
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan