awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut Bersatu: Kembalilah kepada UMNO - Khaled Nordin

Bernama
Bernama
21/02/2026
10:20 MYT
Kemelut Bersatu: Kembalilah kepada UMNO - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti itu sentiasa membuka pintu kepada ahli dan pemimpin Bersatu untuk kembali demi memperkukuh dan memperkuat perpaduan orang Melayu. - Foto BERNAMA
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti itu sentiasa membuka pintu kepada ahli dan pemimpin Bersatu untuk kembali demi memperkukuh dan memperkuat perpaduan orang Melayu.
Mohamed Khaled berkata sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, beliau berbesar hati menerima permohonan mereka selain menegaskan tiada keperluan untuk sebuah lagi parti baharu diwujudkan.
"Kembalilah kepada UMNO. Orang Melayu ini saya harap kita boleh balik dalam satu wadah kerana tidak menguntungkan Melayu jika kita terus berpecah.
"Kita perlu bersama-sama dalam satu wadah untuk kita memperjuangkan Melayu dan memastikan Melayu terus kuat berhadapan pelbagai cabaran," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan Kembali ke Sekolah Parlimen Pasir Gudang, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun ada pihak berpandangan ketika ini adalah masa yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, namun perkara itu terpulang pada kepimpinan parti untuk menilai serta menimbang semua faktor sebelum mengambil keputusan.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata kemelut dalaman Bersatu jelas menggambarkan bagaimana rapuhnya parti serpihan UMNO itu dan keadaan tersebut menjejaskan kestabilan Perikatan Nasional (PN).
Hal itu katanya sekali gus menimbulkan persoalan terhadap tahap keyakinan yang boleh diletakkan rakyat kepada parti berkenaan.
Beliau berkata situasi itu juga memberikan gambaran bahawa isu perebutan jawatan lebih penting berbanding perjuangan menangani keperluan serta cabaran dihadapi rakyat.
Sebelum ini, Bersatu memecat 17 ahlinya termasuk beberapa pemimpin tertinggi termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana melanggar perlembagaan parti. Mereka masih berhak mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.
Semalam, media melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan ahli Bersatu yang ingin kembali menyertai UMNO tidak boleh diterima secara terus oleh bahagian, sebaliknya permohonan mereka perlu dibawa ke MT terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemelut Bersatu
#UMNO
#Mohamed Khaled Nordin
#orang Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan