awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula'

Bernama
Bernama
19/03/2018
21:00 MYT
Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula'
Semasa pengenalan doula, tumpuan mereka hanya untuk beri nasihat kepada wanita hamil namun apabila nasihat mereka itu boleh membawa risiko dan berbahaya kepada ibu dan anak, ia adalah luar dari sempadan yang diberikan. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti sama ada khidmat 'doula' (pembantu ketika proses kelahiran) kepada wanita hamil wajar diteruskan atau sebaliknya, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
"Semasa pengenalan doula, tumpuan mereka hanya untuk beri nasihat kepada wanita hamil namun apabila nasihat mereka itu boleh membawa risiko dan berbahaya kepada ibu dan anak, ia adalah luar dari sempadan yang diberikan.
"Kita sedang lihat perkara ini, adakah kita akan 100 peratus mengharamkan aktiviti mereka," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Buat masa ini, Dr Subramaniam berkata selagi aktiviti doula tidak bercanggah dengan dasar KKM yang mengutamakan kelahiran selamat, mereka boleh menjadi peneman ibu hamil semasa proses kelahiran.
Doula adalah pembantu atau peneman semasa proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi serta maklumat berkaitan kehamilan dan kelahiran seperti cara meneran dan bernafas.
Topic Berkaitan
#beranak
#Dewan Rakyat
#doula
#Dr S Subramaniam
#hamil
#Kementerian Kesihatan
#mengandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan