awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf TISG

Bernama
Bernama
03/09/2017
10:23 MYT
Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf TISG
SUBRAMANIAM: Kalau mereka minta maaf kita ok sahaja. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan menerima permohonan maaf daripada theindependent.sg, atau TISG berhubung penyiaran laporan tidak tepat mengenai kematian seorang warganegara Singapura baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka.
"Hari ini portal itu dah minta maaf tentang apa yang disebarkan dan kalau mereka minta maaf kita ok sahaja.
"Selain itu berita yang disiarkan juga telah dikeluarkan daripada portal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MIC Negeri Perak ke-71 di sini, hari ini.
Hari ini, TISG menerusi notis di laman webnya menyatakan ia memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden itu.
Notis itu menggantikan artikel asal bertajuk "warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hospital Malaysia menuntut bayaran tunai sebelum rawatan" yang disiarkan pada 31 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#meninggal dunia
#permohonan maaf
#S Subramaniam
#Singapura
#TISG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan