awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar tidak keluar surat berkaitan tuntutan waris penumpang MH370

Bernama
Bernama
01/05/2014
00:48 MYT
Kementerian Luar tidak keluar surat berkaitan tuntutan waris penumpang MH370
Kementerian Luar hari ini menafikan pengeluaran apa-apa surat atau dokumen berkaitan dengan sebarang tuntutan bagi pihak waris atau penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan bahawa terdapat cubaan oleh pihak tertentu mengeksploitasi tragedi MH370 bagi tujuan mendapat ehsan dengan menggunakan kepala surat Kementerian Luar yang dipalsukan.
Kenyataan itu menyebut satu kes yang berkaitan telah dirujuk kepada Kementerian Luar oleh sebuah bank tempatan apabila pengirim surat mendakwa beliau adalah waris kepada seorang daripada penumpang pesawat MH370.
"Waris tersebut telah memohon kepada pihak bank agar bayaran pinjaman kenderaan yang dibuat oleh penumpang MH370 tersebut ditangguhkan," menurut kenyataan itu.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#MH370
#surat
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan