awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan harus cari jalan atasi masalah kebocoran soalan peperiksaan

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2014
03:49 MYT
Kementerian Pendidikan harus cari jalan atasi masalah kebocoran soalan peperiksaan
Kementerian Pendidikan harus cari jalan atasi masalah kebocoran soalan peperiksaan - Gambar fail
Kementerian Pendidikan dan guru-guru harus mengambil akauntabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya dalam isu kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, insiden ini dilihat terlalu memalukan selain tidak wajar dihadapi terutama melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun.
"Apa implikasinya dan apa pula risiko yang bakal kita hadapi kepada peperiksan lain jika kertas UPSR sendiri bocor," katanya ketika menjadi tetamu untuk Awani 7.45 pada Khamis.
Sementara itu, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Convent Bukit Nenas 2, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, ia mewujudkan kesan emosi kepada kanak-kanak berkenaan selain mahu pihak berkaitan mewujudkan jawatan kuasa khas untuk menyiasat punca kejadian itu.
Perkara sama disebut Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon 10, Mohd Suhaimi Abdul Hamid yang melihat kepentingan peranan ibu bapa untuk menenangkan anak-anak mereka.
"Sebagai seorang bapa saya reda dan mahu ibu bapa lain terus memberi motivasi kepada anak-anak untuk bersabar dan menghadapi ujian semula akhir bulan ini," ujarnya.
Jelas Mohd Suhaimi, pihak berkenaan harus segera mencari punca kejadian ini berlaku dan segera mencari jalan penyelesaian.
Topic Berkaitan
#bocor
#lembaga
#PAGE
#peperiksaan
#Sains
#tangguh
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan