awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Click, Pay and Earn 2022 mudahkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman

Bernama
Bernama
09/02/2022
20:58 MYT
Kempen Click, Pay and Earn 2022 mudahkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman
Kempen yang bermula 8 Feb hingga 30 April memerlukan peminjam membayar balik dengan nilai minimum mengikut saluran pilihan dalam tempoh tersebut untuk melayakkan mereka mendapat ganjaran yang ditawarkan. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini boleh membayar balik pinjaman mereka dengan mudah melalui kempen Click, Pay Earn 2022.
PTPTN dalam kenyataan semalam memaklumkan kempen itu adalah kerjasama kedua dengan Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) sejak 2021 untuk menggalak dan memudahkan bayaran balik pinjaman selain menghargai peminjam yang komited membayar balik pinjaman pendidikan mereka.
"PTPTN mengadakan kerjasama strategik bersama rakan e-dompet untuk menarik minat peminjam membuat bayaran balik dan pada masa yang sama berpeluang mendapat ganjaran yang ditawarkan dalam tempoh kempen. Ini juga merupakan sebagai antara usaha membudayakan kaedah pembayaran secara digital dalam kalangan pelanggan PTPTN," menurut Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid dalam kenyataan itu.
Kempen yang bermula 8 Feb hingga 30 April memerlukan peminjam membayar balik dengan nilai minimum mengikut saluran pilihan dalam tempoh tersebut untuk melayakkan mereka mendapat ganjaran yang ditawarkan.
Melalui kempen itu, peminjam yang membuat bayaran balik minimum RM100 dalam satu transaksi menggunakan ShopeePay (Shopee) berpeluang mendapat baucar diskaun RM5 tertakluk kepada 30 pengguna terawal setiap hari.
Bagi BESTPay (BP) pula, bayaran pinjaman minimum RM100 dalam satu transaksi membolehkan 30 pengguna terawal mendapatkan lima kredit BP semasa slot BESTPay 1 jam Happy Hour dalam masa tertentu manakala bagi bayaran balik pinjaman minimum RM10 dalam satu transaksi SpayGlobal, 100 pengguna terawal setiap bulan akan menerima baucar RM2.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PTPTN
#pendidikan
#SpayGlobal
#Shopee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan