awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Internet Selamat diperluas ke bazar Ramadan, tingkat kesedaran keselamatan dalam talian

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
07/03/2026
11:09 MYT
Kempen Internet Selamat diperluas ke bazar Ramadan, tingkat kesedaran keselamatan dalam talian
Fahmi berkata, kempen berkenaan merupakan usaha bersepadu bagi membentuk masyarakat celik digital selain mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan remaja. - Gambar fail
Kempen Internet Selamat 2026 kini diperluaskan ke bazar Ramadan terpilih di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan dalam talian.
Inisiatif anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu turut diadakan di Bazar Ramadan IWK Eco Park, Lembah Pantai pada Sabtu dan disertai Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi ketika ditemui berkata, kempen berkenaan merupakan usaha bersepadu bagi membentuk masyarakat celik digital selain mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan remaja.
Menurut beliau, tanggungjawab memastikan keselamatan siber tidak boleh digalas oleh kerajaan atau agensi penguat kuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti setempat.
"Ibu bapa memainkan peranan penting, mereka perlu mengawasi anak masing-masing agar selamat ketika menggunakan internet. Ini termasuk memastikan usia 16 tahun bagi mereka yang ingin membuka akaun media sosial.
"Kerajaan turut memberi perhatian terhadap penggunaan platform media sosial seperti TikTok dalam kalangan kanak-kanak bawah umur yang berisiko terdedah kepada kandungan tidak sesuai serta ancaman buli siber.
"Ibu bapa juga disaran memainkan peranan lebih aktif dengan memantau penggunaan peranti digital anak-anak serta memanfaatkan fungsi kawalan ibu bapa yang disediakan," katanya.
Melalui kempen Internet Selamat 2026 di bazar Ramadan, pengunjung bazar bukan sahaja dapat membeli juadah berbuka puasa, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif berkaitan keselamatan internet yang disediakan di reruai khas.
Antaranya termasuk edaran kit Ramadan percuma, sesi interaktif keselamatan internet serta demonstrasi pengaktifan fungsi kawalan ibu bapa bagi membantu melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian.
Topic Berkaitan
#Kempen Internet Selamat 2026
#keselamatan dalam talian
#Fahmi Fadzil
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan