awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuka tuntutan palsu kepada Perkeso: SPRM tahan dua pengarah syarikat swasta

Bernama
Bernama
15/02/2021
16:27 MYT
Kemuka tuntutan palsu kepada Perkeso: SPRM tahan dua pengarah syarikat swasta
SPRM memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan isu ketirisan khususnya berkaitan bantuan yang telah disalurkan pihak kerajaan.
JOHOR BAHRU:Dua pengarah syarikat swasta ditahan kerana disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkaitan tuntutan Program Subsidi Upah di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Menurut sumber, kedua-dua suspek iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang lelaki berusia 64 tahun ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Segamat pada 2 petang tadi bagi membantu siasatan.
SPRM memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan isu ketirisan khususnya berkaitan bantuan yang telah disalurkan pihak kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh penularan pandemik COVID-19.
Sumber juga berkata siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan agensi itu pada 8 malam.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
#perkeso
#Rasuah
#kerajaan
#suspek
#siasatan
#COVID-19
#PENJANA
#pandemik
#Malaysia
#ekonomi
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan