awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemunculan beruang matahari resahkan penduduk Kampung Baru

Bernama
Bernama
16/09/2020
00:21 MYT
Kemunculan beruang matahari resahkan penduduk Kampung Baru
Shafie berkata pihaknya akan membuat laporan berkenaan kemunculan haiwan tersebut kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat. - Gambar hiasan
Kehadiran seekor beruang matahari sejak tiga hari lepas menimbulkan kebimbangan penduduk Kampung Baru, Kuala Abang di sini.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Baru Kuala Abang, Shafie Mamat berkata beruang itu dipercayai bukan sahaja berkeliaran di kampung berkenaan malah turut merosakkan tanaman penduduk.
Katanya, penduduk bimbang sekiranya haiwan itu muncul pada waktu pagi dan menjadi ancaman ketika mereka ingin keluar menjalankan rutin harian seperti ke laut dan kanak-kanak ke sekolah.
"Sebelum ini memang ada dengar penduduk yang terserempak dengan beberapa ekor beruang melintas jalan, tapi sejak akhir-akhir ini keadaan agak membimbangkan sebab ada seekor beruang dewasa yang merosakkan tanaman penduduk seperti kelapa dan pokok pisang," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Shafie berkata pihaknya akan membuat laporan berkenaan kemunculan haiwan tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam masa terdekat.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata meskipun pihaknya belum menerima laporan secara rasmi berkenaan haiwan tersebut namun, siasatan akan tetap dilakukan.
"Jika benar seperti yang ditularkan, kita akan ambil tindakan sewajarnya dan pemasangan perangkap akan dilakukan agar haiwan berkenaan dipindahkan ke taman negara," katanya ketika dihubungi di sini.
Pada Isnin, seorang pengguna media sosial Facebook memuat naik video berdurasi 0.15 saat yang memaparkan seekor beruang berwarna hitam sedang merosakkan tanaman penduduk di kampung tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Malek Mohd Yusof
#ancaman
#beruang matahari
#Facebook
#hidupan liar
#Jabatan Perhilitan
#Kampung Baru
#keselamatan
#Kuala Abang
#Perhilitan
#Perhilitan Terengganu
#resah
#rosak tanaman
#rutin harian
#Shafie Mamat
#siasatan
#tanaman
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan