awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan harga minyak, barangan dan tarif jadi tumpuan rakyat selepas PRU - UMCEDEL

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2014
03:16 MYT
Kenaikan harga minyak, barangan dan tarif jadi tumpuan rakyat selepas PRU - UMCEDEL
Analisis awani bersama Dr Amer Saifude Ghazali
Satu kajian politik setahun selepas Pilihan Raya Umum ke 13 telah dilakukan oleh UMCEDEL Universiti Malaya mendapati tiga isu utama berkaitan sosioekonomi telah menjadi perhatian rakyat Malaysia dari isu lain.
Tiga isu utama yang menjadi tumpuan itu adalah kenaikan harga minyak (48%), peningkatan harga barang (40%) dan kenaikan tarif elektrik dan air (32%).
Menurut Timbalan Pengarah UMCEDEL, Dr. Amer Saifude Ghazali, kajian telah dilakukan bermula 10 Mei sehingga 19 Mei ke atas komposisi etnik setiap pengundi di setiap negeri.
“Tiga isu utama ini iaitu kenaikan harga minyak, peningkatan harga barang dan kenaikan tarif elektrik dan air didapati telah memberi kesan yang besar ke dalam kehidupan seharian rakyat” jelas Dr Amer.
Menurut Dr Amer, pengundi lebih mengutamakan kesan sosioekonomi ke atas kehidupan mereka, daripada isu-isu lain seperti jenayah, perpaduan dan sebagainya.
“Kajian turut menunjukkan pengundi tidak lagi peduli isu-isu politik, mereka lebih mementingkan apa perkara-perkara asas yang akan terkesan ke atas diri mereka sendiri dari isu lain” katanya lagi.
Dr. Amer berkata demikian di dalam Analisis AWANI dalam membincangkan kajian politik oleh UMCEDEL. KLIK UNTUK VIDEO PENUH
Topic Berkaitan
#analisis awani
#Dr. Amer Saifude Ghazali
#Pilihan Raya Umum ke 13
#Timbalan Pengarah UMCEDEL
#umcedel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan