awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan suhu, jerebu dijangka pada Julai-September

Bernama
Bernama
11/05/2022
13:38 MYT
Kenaikan suhu, jerebu dijangka pada Julai-September
Pengaruh faktor luar seperti ribut tropika di negara berhampiran seperti Filipina boleh menyebabkan keadaan menjadi kering di Semenanjung. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku kenaikan suhu berserta fenomena jerebu di negara ini pada Julai hingga September depan.
Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata pengaruh faktor luar seperti ribut tropika di negara berhampiran seperti Filipina boleh menyebabkan keadaan menjadi kering di Semenanjung.
"Di Indonesia, berkemungkinan berlakunya kebakaran hutan kerana cuaca kering adalah tinggi dan angin akan datang dari barat daya (membawa asap) ke negara kita dalam bentuk jerebu," katanya menerusi rancangan Malaysia Petang Ini yang diterbitkan BernamaTV hari ini.
MetMalaysia semalam mengeluarkan kenyataan berkaitan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula Sabtu ini dan berterusan sehingga pertengahan September.
Muhammad Helmi berkata kejadian itu akan menyebabkan pengurangan pembentukan awan hujan dan mengalami hari tanpa hujan serta menghasilkan taburan hujan yang rendah.
Bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#jerebu
#MetMalaysia
#Perubahan Cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan