awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kenapa tak guna aset 1MDB untuk bayar hutang?' - Najib

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
02/11/2018
12:30 MYT
'Kenapa tak guna aset 1MDB untuk bayar hutang?' - Najib
NAJIB: 1MDB banyak aset, kalau kita gunakan aset itu dengan harga sebaiknya, hutang 1MDB boleh dilupuskan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menggunakan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk melupuskan hutang syarikat kontroversi itu.
Beliau berkata jelas PH hanya menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan 1MDB hingga terlupa aset syarikat kontroversi itu sebenarnya boleh menyelamatkan beban hutang yang dihadapi.
“1MDB banyak aset, kalau kita gunakan aset itu dengan harga sebaiknya, hutang 1MDB boleh dilupuskan.
“Kalau bayaran perjanjian dengan IPIC diteruskan, setiap ringgit kita atau yang dituntut 1MDB boleh diambil semula,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
Tambahnya lagi, kerajaan PH sebenarnya cuba mengalihkan isu menyalahkan bebanan hutang 1MDB.
Walhal sebenarnya kata beliau, negara terbeban dengan kewangan negara kerana tindakan PH menghapuskan pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Beliau berkata negara kehilangan hasil sebanyak RM50 bilion disebabkan penghapusan GST dan cukai yang tidak dikenakan selama tiga bulan.
“Kemudian SST (cukai jualan dan perkhidmatan) cuma dapat RM5 bilion sahaja tahun ini, jadi sudah ada kelompongan sebanyak RM50 bilion.
"Ini sebenarnya yang menghantui Menteri Kewangan. Pokoknya ialah kelompongan sebanyak RM50 bilion itu dan ini menyebabkan dia terpaksa mengalih isu ini kepada 1MDB dan BN,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Barisan Nasional
#Belanjawan 2019
#BN
#hutang
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan