awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan perdagangan beroperasi di Sabah wajib pasang GPS

Bernama
Bernama
17/03/2023
13:35 MYT
Kenderaan perdagangan beroperasi di Sabah wajib pasang GPS
Pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi tahap keselamatan serta peraturan yang ditetapkan. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Semua kenderaan perdagangan Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan serta mana-mana kenderaan perdagangan dari luar yang ingin beroperasi di negeri itu diwajibkan memasang alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan peraturan itu dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama bermula Rabu lepas (15 Mac) apabila semua pemegang lesen bas ekspres, lesen pembawa A dan C diwajibkan memasang alat tersebut.
Katanya pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi tahap keselamatan serta peraturan yang ditetapkan.
"Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Anggota Lembaga LPKP Sabah pada 27 Feb lalu serta Seksyen 19(2), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah yang mana peraturan ini terpakai kepada semua jenis urusan permohonan baharu, memperbaharui, permohonan semula serta ubah syarat lesen kenderaan perdagangan," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, bagi pelesen yang ingin memasang GPS pada kenderaan mereka, pemasangan hendaklah dibuat oleh syarikat yang diperakui oleh mesyuarat anggota lembaga LPKP Sabah, yang boleh disemak menerusi laman sesawang LPKP Sabah.
Bagaimanapun, katanya LPKP Sabah boleh membenarkan mana-mana pelesen yang telah memasang atau ingin memasang alat GPS daripada syarikat yang tidak disenaraikan, dengan syarat memenuhi parameter yang ditetapkan oleh LPKP Sabah.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang LPKP Sabah www.lpkpsabah.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LPKP
#GPS
#kenderaan perdagangan
#laman sesawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan