awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan tular pelawa Nik Nazmi jadi penasihat Zoo Negara palsu

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2025
03:50 MYT
Kenyataan tular pelawa Nik Nazmi jadi penasihat Zoo Negara palsu
Zoo Negara mengesahkan bahawa kenyataan yang tular pada 29 Mei itu tidak pernah disiarkan oleh pihak mereka.
KUALA LUMPUR: Kenyataan tular mempelawa bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menjadi penasihat Zoo Negara adalah palsu.

Ringkasan AI
  • Zoo Negara menafikan mengeluarkan kenyataan yang mempelawa Nik Nazmi Nik Ahmad menjadi penasihat mereka; kenyataan itu disahkan palsu.
  • Nik Nazmi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut yang tersebar di media sosial.
  • Kenyataan palsu itu muncul selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri dan bercuti, susulan kekalahan dalam pemilihan parti.

Jurucakap Zoo Negara mengesahkan bahawa kenyataan yang tular pada 29 Mei itu tidak pernah dikeluarkan oleh pihak mereka.
"Kenyataan tersebut adalah palsu," katanya ringkas semasa dihubungi oleh Astro AWANI.
Semalam kenyataan berkenaan yang didakwa daripada Zoo Negara tersebar di media sosial.
Kenyataan palsu itu menyatakan, Nik Nazmi adalah tokoh berpengalaman dalam bidang alam sekitar dan dasar awam, justeru kepimpinan beliau akan membawa nilai tambah yang besar kepada hala tuju strategik Zoo Negara.
Sehingga laporan ini disiarkan, Nik Nazmi tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kenyataan palsu itu.
Difahamkan kenyataan itu berlegar selepas Ahli Parlimen Setiawangsa itu telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei.
Beliau memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 4 Julai 2025, namun mula bercuti pada 28 Mei sehingga 3 Julai.
Nik Nazmi membuat keputusan tersebut susulan gagal mempertahankan jawatan selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Cabang Setiawangsa semasa pemilihan parti 2025.
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#media sosial
#Parti Keadilan Rakyat
#Tular
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan