awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepadatan penduduk, cabaran persekitaran faktor perceraian tinggi di Selangor

Bernama
Bernama
18/03/2022
06:07 MYT
Kepadatan penduduk, cabaran persekitaran faktor perceraian tinggi di Selangor
Antara faktor lain penyebab kes cerai adalah sosialisasi yang terbuka merentasi kebiasaan dan kegagalan menjadikan agama sebagai cara hidup dalam menguruskan rumah tangga. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Aktiviti migrasi, kepadatan penduduk dan cabaran persekitaran yang dihadapi di sekitar Lembah Klang menjadi antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca kadar perceraian yang tinggi di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain itu antara punca lain termasuk ekonomi pihak suami yang tidak stabil hingga menghadapi tuntutan pihak isteri berkenaan kegagalan memberi nafkah.
"Faktor lain adalah sosialisasi yang terbuka merentasi kebiasaan dan kegagalan menjadikan agama sebagai cara hidup dalam menguruskan rumah tangga," katanya menjawab pertanyaan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-Meru) mengenai punca kes penceraian amat tinggi di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Menurutnya pendaftaran penceraian di Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun lepas, mencatatkan sebanyak 6,299 kes penceraian dilaporkan seluruh daerah dengan kes tertinggi di Petaling (1,668 kes) diikuti Hulu Langat (1,303), Gombak (960) dan Klang (878).
Beliau juga menjawab soalan tambahan daripada Mohd Fakhrulrazi yang bertanya mengenai kesan penceraian terutamanya kepada pasangan yang mempunyai anak serta apakah usaha Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membela golongan itu.
"JAIS menerusi masjid-masjid melaksanakan aktiviti mediasi atau sesi kaunseling kepada individu terbabit penceraian supaya kebajikan anak-anak sentiasa diberikan perhatian terutamanya dari segi nafkah, pendidikan dan psikologi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerai
#Selangor
#ekonomi
#faktor persekitaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan