awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar kurangkan hukuman Suu Kyi, bebas bekas presiden Win Myint
Tok Mat wakili Anwar ke sidang khas isu Selat Hormuz bersama PM UK, Presiden Perancis
'Top Gun 3' disahkan dalam pembikinan, Tom Cruise kembali sebagai Maverick
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepelbagaian bukan cabaran - Aaron

Bernama
Bernama
12/04/2026
04:41 MYT
Kepelbagaian bukan cabaran - Aaron
Aaron berkata setiap komuniti tanpa mengira latar belakang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara merangkumi aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. - Gambar fail
Kepelbagaian di negara ini bukan satu cabaran, sebaliknya merupakan aset besar negara yang perlu dipelihara dan dimartabatkan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata setiap etnik membawa bersama sejarah, nilai, bahasa dan tradisi unik yang menyumbang kepada pembinaan sebuah negara dinamik, berwarna-warni dan berjiwa besar.
"Di Malaysia, kita berbangga kerana mempunyai kira-kira 70,000 rakyat daripada etnik Siam yang menjadi sebahagian daripada wajah kepelbagaian negara ini.
"Sesungguhnya, Malaysia berdiri megah atas kekuatan kepelbagaian lebih 200 etnik dan subetnik yang wujud di negara ini," katanya menerusi catatan di Facebook sambil mengucapkan selamat menyambut Perayaan Songkran kepada rakyat Malaysia berketurunan Siam.
Aaron berkata setiap komuniti tanpa mengira latar belakang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara merangkumi aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.
“Apabila satu komuniti diperkasakan, seluruh negara akan turut maju. Kepelbagaian etnik merupakan asas kepada perpaduan nasional yang membuka ruang untuk rakyat saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain," katanya.
Beliau berkata dalam konteks Negara Bangsa, perkongsian identiti berlandaskan nilai saling hormat, semangat kebersamaan dan komitmen terhadap keamanan serta kemajuan negara menjadi teras utama menyatukan rakyat Malaysia walaupun berbeza dari segi budaya, bahasa dan kepercayaan.
"Inilah yang mengikat kita sebagai satu bangsa utuh, dengan kepelbagaian bukan memisahkan, tetapi menyatukan," katanya.
Mengenai Songkran, Aaron berkata perayaan itu disifatkan sebagai lambang kegembiraan, kesyukuran dan permulaan baharu yang diraikan bersama keluarga serta komuniti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Songkran
#etnik
#kepelbagaian
#aspek ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan