awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara

Reuters
Reuters
25/02/2026
13:36 MYT
Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara
Tujuh pemain berkenaan, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, digantung 12 bulan oleh FIFA sejak September lalu atas dakwaan pemalsuan dokumen. - StadiumAstro
TEMPOH 48 jam mendatang bakal menentukan hala tuju, maruah serta prestij Harimau Malaya dalam peta bola sepak dunia apabila keputusan pendengaran kes melibatkan tujuh pemain warisan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dijangka akan diumumkan pada awal pagi Jumaat ini.
Kata putus yang sekian lama dinanti-nantikan itu menjadi topik perdebatan dan agenda utama negara dan apa yang lebih penting, ia bakal memasuki episod baru revolusi Harimau Malaya.
Persoalannya, adakah ia akan bersifat positif atau sebaliknya?
Kecoh seantero negara sejak skandal pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan, yang dihukum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Tujuh pemain berkenaan, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, digantung 12 bulan oleh FIFA sejak September lalu atas dakwaan pemalsuan dokumen.
Januari lalu, CAS mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan sehingga keputusan penuh dikeluarkan.
Sesi pendengaran itu dijadual berlangsung di Lausanne, Switzerland, melibatkan tiga panel penimbang-tara yang bakal menilai dan menganalisa bukti dan hujah dikemukakan pasukan peguam yang dilantik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Bagi mendapatkan penjelasan terperinci dan kebarangkalian yang bakal berlaku, wartawan Karl Nunis mendapatkan reaksi peguam sukan, Nik Erman Nik Roseli, untuk menawarkan perspektif peribadinya tanpa mewakili mana-mana pihak .
"Apa yang boleh kita jangkakan ialah berdasarkan apa yang dirayu oleh peguam pemain dan peguam FAM," kata Nik Erman.
"Kerana apabila membuat rayuan di CAS, mereka boleh rayu terhadap kesalahan dan hukuman.
"Jika mereka melakukan rayuan terhadap kesalahan, mereka sebenarnya melakukan rayuan bahawa mereka tidak mengubah dokumen dan dokumennya adalah asli.
"Jika rayuan itu dibenarkan bermaksud tidak berlaku sebarang pemalsuan. Maksudnya FAM dan pemain tidak bersalah dalam mengubah dokumen.
"Jika rayuan itu hanya tertumpu kepada hukuman, ia bermaksud mereka mengakui perkara itu telah berlaku dan menyatakan hukuman itu terlalu berat dan mahu meringankannya.
"Jadi, kemungkinan rayuan diterima ada dan kemungkinan untuk hukuman dikekalkan juga ada.
  • Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#bola sepak
#harimau Malaya
#CAS
#FIFA
#FAM
#pemain warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan