awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok

Bernama
Bernama
02/10/2024
11:15 MYT
Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan yang telah dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), esok. - Gambar fail/REUTERS
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan yang telah dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), esok.
Perkara itu dimaklumkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah kepada pemberita di sini hari ini.
"Keputusan (berhubung GISB) sudah dibuat dalam mesyuarat (semalam) dan kita akan bawa menghadap kepada Sultan Selangor esok sebelum ia diwartakan," katanya.
Isnin lepas, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah bersidang bagi memutuskan persoalan berkaitan GISB di negeri itu, selain mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut dibentangkan laporan berkaitan GISB oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 24 Sept lepas.
Pada 20 Sept, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISB dan rangkaiannya.
Sehubungan dengan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah kawalan GISB dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarahkan tutup dengan segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.
Ia sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak yang terlibat daripada terus dianiaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
#GISB
#Sultan Selangor
#MAIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan