awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2021
06:50 MYT
Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy
Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan. - Gambar Fail
PUTRAJAYA : Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan.
Perkara itu dinyatakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
"Kita akan buat keputusan mengenai vaksin Astrazeneca pada minggu depan, Mesyuarat jawatankuasa jaminan akses vaksin dan juga laporan kumpulan pakar," katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini pada Isnin.
Jumaat lalu, Khairy berkata, keputusan mengenai sama ada negara akan menggunakan vaksin AstraZeneca atau tidak, akan diketahui dalam masa dua minggu lagi.
[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Dalam pada itu, petugas media akan diletakkan dalam senarai keutamaan menerima suntikan vaksin.
Bagaimanapun kata Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, ia bergantung kepada bekalan vaksin berkenaan.
"Kita memang telah setuju untuk meletakkan media dalam senarai keutamaan tetapi seperti mana saya sebutkan tadi, masalah sekarang ini masalah bekalan. Apabila bekala sudah cukup kita akan melibatkan media.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi sokongan kepada cadangan memasukkan petugas media sebagai senarai keutamaan penerima vaksin.
"KKM menyokong untuk media equivalent frontliners sekarang," ujarnya ringkas.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#Media
#kesihatan
#menteri
#Sains
#Malaysia
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan