awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271

Keputusan Pemilihan PKR tidak rasmi: Keadilan Raya menang jawatan utama

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
14/05/2014
08:22 MYT
Keputusan Pemilihan PKR tidak rasmi: Keadilan Raya menang jawatan utama
Mohamed Azmin Ali - Gambar Fail
Pasukan Keadilan Raya yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilaporkan memenangi jawatan utama dalam pemilihan parti kali ini.
Sumber dalaman PKR memberitahu, sehingga pagi tadi, Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.
Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.
Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahmad Nazree Yunus.
Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.
Pasukan Keadilan Raya mendapat tentangan sengit bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut‎ Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.
Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.
Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan kerana berlaku kekecohan di lebih 20 cabang hingga memaksa ianya dibatalkan dan diadakan semula.
Dijangka pemilihan Cabang-Cabang yang dibatalkan akan dilakukan hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Khalid Ibrahim
#PKR
#Saifuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.