awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah DBKL 28 Feb

Bernama
Bernama
25/02/2022
13:20 MYT
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah DBKL 28 Feb
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi pemberita berkata keputusan itu akan disampaikan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 Feb ini untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh daripada pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM150,000.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi pemberita berkata keputusan itu akan disampaikan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.
"Pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah mengenai rayuan itu pada 28 Jan lepas," katanya.
Pada 13 April 2021, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 8 April tahun lepas, yang melepas dan membebaskan Sabudin daripada pertuduhan rasuah di akhir kes pendakwaan.
Seramai 10 saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Sabudin yang merupakan bekas Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, didakwa atas pertuduhan secara rasuah menerima bagi dirinya barangan berharga berupa wang tunai RM150,000 daripada pengarah Syarikat Tegap Elit Sdn Bhd Chia Chee Seng.
Ia sebagai dorongan untuk tertuduh melakukan suatu perbuatan di bawah hal ehwal prinsipalnya iaitu memperakukan sijil bayaran kemajuan tuntutan yang dikemukakan oleh beberapa syarikat.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ukay Perdana, di sini, antara 13 dan 19 Ogos 2018, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#bekas timbalan pengarah DBKL
#Rasuah
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan