awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rayuan permohonan ke IPTA boleh disemak esok

Bernama
Bernama
12/09/2013
13:56 MYT
Keputusan rayuan permohonan ke IPTA boleh disemak esok
Gambar Arkib
Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari esok.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Morshidi Sirat berkata calon boleh membuat semakan keputusan di http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.
Beliau berkata mereka juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA dengan menghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT 1/8Nombor kad pengenalan 3/8 dan hantar ke 15888.
"Calon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA berkaitan mulai esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Morshidi berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA.
Beliau berkata semua pengurusan pengambilan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.
"Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA," katanya.
Beliau berkata keputusan rayuan adalah muktamad, sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga 30 Sept, maka rayuan hendaklah dianggap gagal.
Topic Berkaitan
#ipta
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan