awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: AS tahan ahli keluarga Jeneral Iran, Qassem Soleimani yang terbunuh
Konflik Asia Barat: Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina

Bernama
Bernama
06/02/2026
08:40 MYT
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Fadhlina berkata STAM Tahun 2025 sangat signifikan kerana melibatkan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini melalui tempoh pengajian selama tiga tahun.
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 yang diumumkan semalam disifatkan sangat membanggakan selepas calon di seluruh negara mencatat pencapaian yang positif.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata STAM Tahun 2025 sangat signifikan kerana melibatkan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini melalui tempoh pengajian selama tiga tahun.
Beliau berkata pengukuhan kurikulum hasil kerjasama dengan al-Azhar al-Sharif telah menunjukkan hasil apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) merekodkan pencapaian sebanyak 2.81 mata manakala gred purata bagi calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) turut mencatatkan pencapaian yang baik, iaitu 2.63 mata.
"Sebanyak 61 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam semua 10 mata pelajaran, termasuk 30 calon daripada sekolah di bawah KPM. Secara keseluruhan, sebanyak 2,816 calon berjaya melepasi syarat kelayakan untuk dianugerahkan STAM.
"Calon telah menunjukkan keupayaan untuk menguasai format baharu bagi empat mata pelajaran utama, iaitu Hifz al-Quran dan Tajwid, Tauhid dan Mantiq, Hadith dan Mustolah serta Insya' dan Mutalaah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fadhlina berkata sebanyak 4,382 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 pusat peperiksaan seluruh negara dengan peratus kehadiran sebanyak 98.7 peratus, dan calon di bawah KPM merekodkan peratus kehadiran yang tinggi sebanyak 99.1 peratus.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, ibu bapa, petugas peperiksaan dan pemeriksa yang memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan STAM 2025.
"Buat semua calon, semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#Fadhlina Sidek
#keputusan cemerlang
#2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan