awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer kekal - MARA

Bernama
Bernama
06/05/2015
23:58 MYT
Keputusan tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer kekal - MARA
Pinjaman pelajaran remaja itu digantung sejak November 2014, iaitu ketika mula ditahan reman atas pertuduhan berkenaan. - Gambar Fail
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa keputusan menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer Nordin yang disabitkan bersalah kerana memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak, kekal.
Pengarah Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain berkata Nur Fitri Azmeer juga dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan.
Pada Sabtu lepas, MARA dalam satu kenyataan menyebut tindakan itu diambil setelah Mahkamah Southwark Crown, London pada 30 April, mensabitkan kesalahan Nur Fitri Azmeer yang mengaku melakukan perbuatan itu.
Pinjaman pelajaran remaja itu digantung sejak November 2014, iaitu ketika mula ditahan reman atas pertuduhan berkenaan, kata Rohayah dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer serta-merta
BACA: Kes pedofil: Mara, tolong jangan bazir duit rakyat - Pemuda UMNO
BACA: Pelajar genius Malaysia di London dipenjara lima tahun miliki bahan lucah kanak-kanak
Dalam pada itu, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya, secara peribadi berpendapat Nur Fitri Azmeer perlu dibantu menjalani pemulihan dan meneruskan pelajarannya.
"Sama ada di bawah tajaan MARA atau tidak, adalah perkara lain.
"Saya berharap pihak tertentu termasuk pemimpin yang kelihatan terburu-buru membuat kenyataan tanpa berfikir panjang agar lebih berhati-hati dan sensitif.
Topic Berkaitan
#MARA
#Nur Fitri Azmeer Nordin
#Rohayah Mohd Zain
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan