awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tunai haji diumum selepas Raya

Bernama
Bernama
21/05/2020
05:05 MYT
Keputusan tunai haji diumum selepas Raya
Zulkifli menyaksikan penyerahan cek RM150,000 oleh Ahmad Shahriman (kanan) kepada Nik Omar (dua, kiri) pada majlis penyerahan sumbangan di bawah program YADIM Peduli: Musa'adah COVID-19 di Kompleks Islam hari ini. --fotoBERNAMA
Keputusan sama ada rakyat Malaysia boleh menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan diumumkan selepas Aidilfitri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata Malaysia masih menunggu pengumuman rasmi Arab Saudi sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
"Jawapan kita bergantung kepada bagaimana kenyataan daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
"Kita juga akan berbincang secara khusus dalam melaksanakan yang itu (haji) sekiranya dibenarkan... keputusan itu akan diumumkan selepas mendapat satu jawapan yang rasmi daripada pihak Arab Saudi," katanya kepada media selepas menyaksikan penyerahan sumbangan CIMB Islamic Bank kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.
Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Ahmad Shahriman Mohd Shariff menyampaikan sumbangan wang tunai RM150,000 kepada Yang Dipertua YADIM Nik Omar Nik Abd Aziz.
Nik Omar berkata sumbangan CIMB Islamic Bank adalah untuk program YADIM Peduli: Musa'adah COVID-19 dan ia bakal diagih kepada kumpulan asnaf, B40, petugas barisan hadapan dan golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19, termasuk kumpulan khas iaitu kluster tabligh dan mahasiswa.
Program Musa'adah COVID-19 bermula pada Mac lepas dan sehingga kini, sebanyak 9,732 orang telah menerima bantuan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan asas yang membabitkan peruntukan sebanyak RM480,280.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Arab Saudi
#Haji
#hari raya
#Musa'adah COVID-19
#Nik Omar Nik Abd Aziz
#pengumuman rasmi
#rakyat Malaysia
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan