awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan beri tumpuan pembangunan Sabah, Sarawak - PM

Rohana Wahed
Rohana Wahed
16/09/2019
10:17 MYT
Kerajaan akan beri tumpuan pembangunan Sabah, Sarawak - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jum Berambeh Bersatu di Kuching. - Foto Twitter/@maszlee
Kerajaan Persekutuan akan memberi tumpuan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak agar ia seimbang dengan pembangunan di Semenanjung.
Demikian kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam amanatnya semasa menghadiri program ‘Jum Berambeh Bersatu’ di Kuching, pada Isnin.
Katanya, walaupun Sarawak kaya dengan hasil minyak tetapi pembangunan di negeri itu masih kurang.
Jelas Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kerajaan terdahulu tidak beri tumpuan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak semasa pemerintahannya.
“Keadaan di negeri Sarawak ini yang kaya dengan minyak tetapi pembangunan kita dapati tidak diagih sama rata antara rakyat di Sarawak sendiri dan juga antara rakyat Sarawak dan Semenanjung.
“Ini sudah tentu daripada kajian-kajian yang kita lakukan kita perlu memberi tumpuan yang lebih kepada negeri Sarawak dan juga negeri Sabah supaya rakyat di negeri-negeri itu akan dapat layanan yang sama seperti rakyat di Semenanjung,” kata Perdana Menteri.
Malah, katanya, pembangunan di luar bandar masih perlu dipertingkatkan bagi rapatkan jurang perbezaan.
Tambah Dr Mahathir, ini juga selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 yang baharu diperkenalkan.
Topic Berkaitan
#Jum Berambeh Sarawak
#kerajaan Persekutuan
#Mahathir Mohamad
#pembangunan Sabah Sarawak
#Perdana Menteri
#Sarawak
#Wawasan Kemakmuran Bersama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan