awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan laksana program khas lesen kelas E pesara, veteran tentera

Bernama
Bernama
16/03/2026
13:32 MYT
Kerajaan akan laksana program khas lesen kelas E pesara, veteran tentera
Loke (kanan) ketika gimik Majlis Perasmian Bangunan Annex Lembaga Pelabuhan Klang Dengan Sambutan Tahun Baharu Cina dan Iftar Ramadan di Lembaga Pelabuhan Klang, pada Isnin. - Gambar Bernama
Kerajaan akan melaksanakan satu program khas kepada pesara dan veteran tentera bagi mendapatkan lesen kelas E untuk memandu kenderaan berat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif baharu itu dianggap keperluan dalam menampung kekurangan pemandu kenderaan berat dalam industri haulier dan logistik.
Malah, beliau berkata, kebanyakan pesara tentera berusia lingkungan 40-an masih bertenaga untuk memandu jentera termasuk trak.
“Untuk itu, kita (kerajaan) akan membuat padanan bagi pesara yang mahir memandu itu dan memiliki lesen (memandu kenderaan berat) tentera untuk tukar terus kepada lesen kelas E.
“Menerusi mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara baru-baru ini, kita bersetuju untuk memberikan lesen (program khas) kepada mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Bangunan Annex Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Sambutan Tahun Baharu Cina serta Iftar Ramadan, di sini, pada Isnin.
Sehubungan dengan itu, Loke berkata, semua syarikat logistik diseru bekerjasama menyediakan peluang pekerjaan kepada pesara berkenaan kelak.
"Saya yakin banyak syarikat akan berminat kerana bekas tentera sudah tentu berdisiplin, tahan lasak dan boleh memandu.
"Kita mahu inisiatif ini dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dalam kadar segera, malah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah ada program dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lesen kelas E
#pesara
#program khas
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan