awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan mudahkan proses permohonan elaun khas 'frontliners'

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/05/2020
06:45 MYT
Kerajaan akan mudahkan proses permohonan elaun khas 'frontliners'
Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan proses permohonan Elaun Petugas Barisan Hadapan. - Gambar fail
Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan proses permohonan Elaun Petugas Barisan Hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau menerima aduan bahawa terdapat kesukaran untuk memohon elaun itu disebabkan birokrasi dan dokumentasi.
“Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk memudahkan proses.
“Apa pun jangan bimbang, kerajaan akan pastikan elaun sampai kepada mereka yang layak,” katanya dalam siaran langsung Perkongsian Laporan Ke-6 Pencapaian Prihatin - Laksana pada Selasa.
Tambah beliau, sehingga 30 April, kerajaan telah membuat pembayaran bulan pertama berjumlah RM62 juta daripada RM500 juta yang diperuntukkan.
Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul memaklumkan pembayaran elaun secara one-off berjumlah RM600 kepada 8,000 pemandu pelancong akan dibuat pada 20 Mei ini.
“RM600 secara one-off akan diberikan kepada pemandu pelancong bagi meringankan beban mereka.
“Proses mengenal pasti dan semakan pemandu pelancong telah mengambil masa dan saya berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan atas usaha ini. Terima kasih juga atas kesabaran dan kerjasama pemandu pelancong,” katanya.
Topic Berkaitan
#birokrasi
#COVID-19
#dokumentasi
#elaun khas
#frontliners
#Kementerian Kewangan
#Menteri Kewangan
#pelancongan
#pemandu pelancong
#petugas barisan hadapan
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan