awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan perketat SOP pembalakan sebagai langkah atasi bencana

Hilal Azmi
Hilal Azmi
21/01/2015
14:07 MYT
Kerajaan akan perketat SOP pembalakan sebagai langkah atasi bencana
Kerajaan perketat SOP pembalakan untuk atasi bencana. -Gambar fail
Kerajaan akan memperketatkan prosedur standard operasi (SOP) bagi operasi syarikat konsesi balak, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara menjelaskan tindakan ini penting bagi mengelak bencana yang lebih dahsyat di masa akan datang.
Katanya, prosedur sedia ada hanya menekankan operasi pembalakan tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang kepada alam sekitar.
“Sekarang kita ambil keputusan bukan hanya dengan memberi kebenaran pembalakan pada keluasan tertentu sahaja.
"Kita nak tahu di mana mereka akan membalak dan bagaimana mereka melakukannya supaya ia bukan sahaja bersifat lestari, tetapi tidak menyebabkan kemusnahan yang dahsyat,” katanya semasa berucap di majlis sempena Penerimaan Cek Sumbangan Banjir kepada Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di Wisma Hong Leong pada Rabu.
Pada majlis itu, sebanyak RM2.1 juta nilai sumbangan daripada lima penyumbang swasta - Yayasan Hong Leong, KL Kepong Berhad, Mammoth Empire Holding Sdn Bhd, Perdana Park City Sdn Bhd dan Genting Malaysia Berhad - diterima Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada mangsa banjir.
Topic Berkaitan
#balak
#banjir
#bencana
#golf
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan