awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan teliti peraturan kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan - Ramkarpal

Bernama
Bernama
01/07/2023
23:00 MYT
Kerajaan akan teliti peraturan kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan - Ramkarpal
Kerajaan perlu teliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. - Gambar fail BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan akan meneliti peraturan dalaman untuk menangani isu kod pemakaian yang ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan di pejabat kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
"Kerajaan juga harus melihat cara untuk mengawal selia etika berpakaian supaya ia seragam bagi mengelak percanggahan di negeri yang berbeza," katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.
Baru-baru ini, dilaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB) mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek hingga pangkal paha di premis perniagaanya.
Bagaimanapun, MPKB bersetuju membatalkan kompaun terhadap wanita berusia 35 tahun itu selepas sesi perbincangan diadakan bersama Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.
Sementara itu, dilaporkan seorang anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) bertugas di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang didakwa cuba menghalang seorang wanita bukan Islam memakai skirt daripada memasuki pejabat tersebut, Rabu lalu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#etika berpakaian
#pejabat kerajaan
#Ramkarpal Singh
#kod pemakaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan