awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan terus jaga kebajikan pesara - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2023
11:05 MYT
Kerajaan akan terus jaga kebajikan pesara - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238]. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu yang telah memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah.
Anwar menjelaskan, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013.
Manakala bagi pegawai awam yang bersara pada 2013 pula, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.
"Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam kenyataan itu, Perdana Menteri berkata penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].
"Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pesara semasa berkhidmat dan prihatin dengan kebajikan pesara dalam keadaan dan situasi sekarang.
"Oleh itu, kerajaan juga akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut melibatkan pesara-pesara perkhidmatan awam," katanya lagi.
Beliau juga berkata, keputusan kerajaan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, serta pesara-pesara Perkhidmatan Awam dan Kerajaan.
Topic Berkaitan
#pencen
#pesara
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan