awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan ambil keputusan tidak jual PLUS - Tun Mahathir

Fareez Azman
Fareez Azman
16/01/2020
04:49 MYT
Kerajaan ambil keputusan tidak jual PLUS - Tun Mahathir
Sebelum ini, teka-teki sama ada PLUS akan dijual terus menjadi perhatian apabila beberapa syarikat swasta menawarkan untuk membeli kepentingan dalam syarikat itu. - Gambar fail
Kerajaan memutuskan untuk tidak akan menjual konsesi lebuh raya kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Sebaliknya, jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tempoh konsesi tol itu akan disambung selama 20 tahun dengan kadar diskaun tol yang ditetapkan sebanyak 18 peratus bermula tahun ini.
“Kita telah meneliti semua tawaran yang dibuat oleh pihak swasta kepada Khazanah. Kerajaan memutuskan untuk tidak menjual PLUS kepada sesiapa.
“Sebaliknya mengekalkan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pemegang kepentingan terbesar PLUS.
“Mereka akan mengurangkan bayaran tol dengan kadar diskaun 18 peratus, jika kita lihat kadar ini dalam tempoh 20 tahun ianya sangat rendah,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara pada Khamis.
Malah jelasnya, meskipun terdapat penambahan kenderaan pada masa hadapan namun keuntungan yang diperoleh tidak seperti konsesi sebelum ini.
“Bilangan trafik mungkin bertambah, tetapi nilai ringgit itu akan jatuh, jadi mereka (PLUS) tidak dapat keuntungan besar seperti sebelum ini.
“Kita (kerajaan) dah tetapkan 18 peratus diskaun, Khazanah dan KWSP akan mengekalkan kepentingan mereka dalam PLUS. Jadi kita boleh kurangkan kadar tol tanpa menjejaskan pendapatan mereka,” kata Tun Dr Mahathir.
Sebelum ini, teka-teki sama ada PLUS akan dijual terus menjadi perhatian apabila beberapa syarikat swasta menawarkan untuk membeli kepentingan dalam syarikat itu.
Antara syarikat yang berminat termasuk konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) pada nilai RM5.3 bilion.
Sementara kumpulan ekuiti swasta, RRJ Capital turut berhajat membeli kepentingan tersebut pada nilai RM3 bilion dan menyasarkan untung memotong kadar tol sebanyak 20 peratus.
Untuk rekod, Khazanah memegang 51 peratus kepentingan dalam PLUS.
Topic Berkaitan
#EPF
#Khazanah
#KWSP
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#PLUS
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan