awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bantu pekebun kecil patuhi tarikh akhir EUDR – Johari

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/10/2024
10:10 MYT
Kerajaan bantu pekebun kecil patuhi tarikh akhir EUDR – Johari
Kata Johari, pelanjutan tarikh itu akan membantu memastikan pekebun kecil dapat mematuhi piawaian global. - Foto FB Malaysian Palm Oil Council
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia memberi sokongan kepada pekebun kecil kelapa sawit tempatan untuk membolehkan kumpulan itu mematuhi tarikh akhir Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) baharu, yang telah dilanjutkan hingga 30 Dis 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pelanjutan daripada tarikh akhir asal dari 2024 ke 30 Dis 2025, akan membantu memastikan pekebun kecil dapat mematuhi piawaian global.
“Kami mahu memastikan bahawa kami akan membantu mereka, mendidik mereka untuk menggunakan amalan terbaik, seperti apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar, estet besar, supaya mereka akan mendapat manfaat itu dalam satu cara, tanpa memusnahkan lagi kawasan lain di Malaysia.
“Kebanyakan pekebun kecil tidak menggunakan buruh. Mereka pada asasnya bekerja secara bebas, dalam keluarga mereka, jadi itulah yang kami mahu galakkan, untuk memastikan mereka mempunyai tahun yang lebih baik daripada terus meminta lebih banyak tanah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Malaysian Palm Oil Forum Kuala Lumpur (MPOF), pada Selasa.
EUDR dilihat sebagai satu kejayaan besar oleh aktivis alam sekitar apabila ia diterima pakai pada 2023. Menurut Dana Hidupan Liar Sedunia, import EU menyumbang 16 peratus daripada penebangan hutan yang dikaitkan dengan perdagangan global pada 2017.
Di bawah undang-undang baharu itu, pengeksport koko, soya, kayu balak, lembu, minyak sawit, getah dan kopi mesti memperakui bahawa komoditi dan produk yang diperoleh daripadanya tidak dihasilkan di atas tanah yang ditebang selepas Disember 2020.
Jelasnya, kerajaan akan membantu pekebun kecil mematuhi empat aspek, iaitu bebas penebangan hutan, kebolehkesanan, hak milik tanah yang sah dan amalan buruh yang baik.
Mengulas lanjut mengenai penangguhan itu, Johari berkata cadangan pelaksanaan berperingkat akan membolehkan banyak negara pengeluar mengambil langkah yang perlu untuk mematuhi dan memperbetulkan dasar mereka.
Johari turut memuji sektor minyak sawit Malaysia yang telah menunjukkan pertumbuhan positif pada 2024, dengan pengeluaran minyak sawit mencecah 12.6 juta tan dalam lapan bulan pertama tahun ini, menandakan peningkatan 10.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Sektor minyak sawit menyumbang kira-kira tiga peratus kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia dan menjana nilai eksport lebih daripada AS$22 bilion.
Topic Berkaitan
#sawit
#JOHARI ABDUL GHANI
#EUDR
#pekebun kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan