awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan berusaha kekal subsidi haji walaupun sukar

Bernama
Bernama
10/09/2017
09:31 MYT
Kerajaan berusaha kekal subsidi haji walaupun sukar
Kerajaan teruskan komitmen untuk mengekalkan subsidi bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk menunaikan rukun kelima Islam itu. - Gambar hiasan
Kerajaan akan berusaha untuk mengekalkan subsidi kepada rakyat di negara ini untuk mengerjakan haji berjumlah RM9,980 bagi setiap seorang jemaah walaupun berdepan kenaikan kos dalam pengurusan haji ketika ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah Tabung Haji (TH) memberikan subsidi lebih RM10,000 bagi setiap individu adalah perlu walaupun kos pengurusan seperti sewa hotel, makanan dan pengangkutan meningkat sepanjang tahun.
"Ini menjadikan kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah haji di Malaysia antara yang terendah di dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan Karnival Gegar Merdeka 10,000 Langkah Jabatan Kesihatan Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini, hari ini.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi komitmen agar subsidi dikekalkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk menunaikan rukun kelima Islam itu.
Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Haji
#Islam
#jemaah haji
#kesihatan
#kos
#pengurusan
#rakyat
#subsidi
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan