awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan disaran cari penyelesaian jangka panjang isu kos makanan ternakan - Aminuddin

Bernama
Bernama
10/02/2022
11:21 MYT
Kerajaan disaran cari penyelesaian jangka panjang isu kos makanan ternakan - Aminuddin
AMINUDDIN: Saya berharap kerajaan memikirkan untuk membantu mengeluarkan makanan ternakan kepada semua aktiviti ternakan di negara kita. - Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Persekutuan disaran mencari penyelesaian jangka masa panjang untuk membantu mengurangkan kos makanan dalam industri ternakan di negara ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata tindakan tersebut lebih penting kerana isu kos makanan ternakan tidak hanya melibatkan ayam tetapi haiwan lain seperti lembu, kambing, ternakan tenusu yang turut berhadapan dengan masalah.
"Saya berharap kerajaan memikirkan untuk membantu mengeluarkan makanan ternakan kepada semua aktiviti ternakan di negara kita, supaya perkara ini dapat diatasi (masalah harga bahan mentah) dalam jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Ampangan di Casa Lagenda Convention Centre di sini hari ini.
Aminuddin mengulas pengumuman kerajaan mengenai subsidi 60 sen per kilogram kepada penternak ayam dan lima sen bagi setiap biji telur semua jenis kategori mulai 5 Februari hingga 4 Jun depan, iaitu sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Beliau berkata subsidi itu dapat membantu peniaga dan penternak bagi jangka masa pendek, selain yakin isu harga bahan mentah dapat dikawal sekiranya terdapat kerjasama kerajaan dan swasta dalam mewujudkan industri makanan ternakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#makanan ternakan
#industri ternakan
#Aminuddin Harun
#haiwan tenusu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan