awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2024
09:00 MYT
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim insurans kesihatan nasional diyakini membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperkenalkan skim insurans kesihatan nasional bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung hospital kerajaan.
Menurut Pakar Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam School of Medicine, IMU University, Prof Datuk Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Jelasnya, skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Katanya lagi, langkah itu sebahagian daripada usaha mereformasikan sektor kesihatan negara.
"Apabila mereka dilindungi oleh insurans kesihatan nasional, mereka boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ataupun hospital swasta.
"Sudah pasti ramai yang memilih hospital swasta untuk mengelakkan tempoh menunggu yang lama dan sebagainya.
"Ini sekali gus mampu menyelamatkan hospital kerajaan daripada lumpuh," katanya dalam program AWANI Pagi pada Selasa ketika mengulas mengenai 6,000 doktor yang dilaporkan meletak jawatan sepanjang lima tahun lepas.
Pada Isnin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyatakan bahawa kenaikan kos rawatan hospital swasta berpotensi memberi ancaman kepada sistem kesihatan awam sedia ada.
Situasi itu, ujarnya, boleh menyebabkan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Ini susulan kemungkinan peralihan golongan pertengahan M40 yang membatalkan polisi insurans akibat kenaikan harga premium insurans.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#insurans
#kesihatan
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan