awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan fokus kurangkan jurang golongan miskin dan kaya - PM

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
10/12/2018
22:00 MYT
Kerajaan fokus kurangkan jurang golongan miskin dan kaya - PM
Dr Mahathir berkata, seboleh-bolehnya kerajaan mahu melayan rakyat dengan sama rata, tanpa sebarang perbezaan, tetapi pada hakikatnya pencapaian mereka tidak sama. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, falsafah ekonomi pentadbiran sekarang lebih menjurus kepada mengecilkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya.
Dr Mahathir berkata jika jurang itu tidak ditangani sebaiknya, ia boleh membawa kepada kesan buruk termasuk konflik seperti yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan Rusia.
"Seboleh-bolehnya kita ingin layan semua anggota rakyat, bangsa atau kaum sama seperti yang lain, tidak ada perbezaan.
"Hakikatnya ialah pencapaian mereka di waktu ini tidak sama. Kalau kita tidak beri tekanan kepada usaha untuk mengurangkan jarak antara yang miskin dan yang kaya, keadaan akan jadi lebih buruk," katanya.
Tambah beliau, amat penting untuk kerajaan berusaha mengurangkan jarak antara yang miskin dan kaya dan jurang antara satu kaum atau agama dengan kaum atau agama yang lain. "Kalau kita kurangkan (jurang), maka potensi untuk konflik akan berkurangan. Bahkan, peluang terdapat kepada mereka yang lemah untuk naik ke peringkat lebih tinggi. "Dan itu sahaja, mengurangkan jarak antara mereka dan yang lebih berjaya, bahkan memberi pengalaman, pengetahuan, kebijaksanaan kepada mereka untuk bersaing dengan orang yang terdahulu daripada mereka," katanya. Perdana Menteri berkata demikian dalam Program Bicara Khas TV1 RTM pada Isnin malam.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#jurang
#kaya
#kerajaan
#konflik
#Mahathir Mohamad
#miskin
#Perdana Menteri
#rakyat
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan