awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan GRS komited jadikan Sabah pilihan pelaburan hartanah yang berdaya maju

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
15/01/2022
12:08 MYT
Kerajaan GRS komited jadikan Sabah pilihan pelaburan hartanah yang berdaya maju
HAJIJI: Kerajaan GRS telah mencapai banyak kejayaan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran dengan mandat penuh daripada rakyat selepas pilihan raya negeri. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited untuk menjadikan negeri ini sebagai pilihan pelaburan hartanah yang berdaya maju secara komersial selain destinasi menarik kepada pelancongan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri turut menyokong peranan utama sektor swasta dalam pasaran hartanah.
Menurutnya, seperti yang digariskan dalam agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), strategi ekonomi Sabah adalah untuk mengukuhkan kelompok ekonomi utama.
"Inisiatif didorong pihak swasta ini akan mendorong lagi momentum ekonomi dalam industri hartanah; meningkatkan aliran pelaburan; meningkatkan kepelbagaian ekonomi secara keseluruhan mewujudkan peluang ekonomi yang lebih luas; dan mewujudkan limpahan ekonomi yang lain.
"Sektor hartanah adalah komponen utama dalam agenda transformasi ekonomi ini, sebahagiannya, kerana rekod prestasinya yang terbukti dalam membangunkan rangkaian sumber manusia dan dalam pusingan rantaian perbekalan,” katanya dalam Majlis Lighting-Up Ceremony Jesselton Quay Central (JQC), pada Rabu.
Dalam hal ini, Hajiji berkata JQC, projek usaha sama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suria Capital Holdings Berhad dan SBC Corporation Berhad akan menambah satu lagi transformasi kepada lanskap bandar.
"Projek pembangunan bercampur ini terletak secara strategik di kawasan dermaga bandar yang sedang dibangunkan menjadi pusat dengan kemudahan bertaraf antarabangsa, berlatarbelakangkan tepi laut yang indah, dan matahari terbenam yang menakjubkan," katanya.
Tambahnya, Jesselton Quay dan One Jesselton Waterfront, serta pelengkap pembangunan di kawasan sekitar, akan mengubah kawasan dermaga ini menjadi satu destinasi yang berwajah baharu di kawasan bandar.
Sebagai sebahagian daripada fasa pertama projek pembangunan bercampur Jesselton Quay, JQC dibina terletak di kawasan seluas 16.25 ekar di Pelabuhan Kota Kinabalu dan akan berfungsi sebagai lanjutan dari pusat perniagaan Bandaraya Kota Kinabalu.
Sijil Layak Menduduki (OC) dijangka diperoleh pada suku pertama tahun ini untuk JQC yang terdiri daripada dua menara suite komersial 25 tingkat, satu menara i-hotel 25 tingkat, Gallery Shoppes dan kelab rekreasi bertemakan tropika, di podium atas.
Topic Berkaitan
#Sabah
#GRS
#Gabungan Rakyat Sabah
#pembangunan
#Ketua Menteri
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan