awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin akan ada 600,000 peluang pekerjaan tahun ini - Tengku Zafrul

Israr Khalid
Israr Khalid
16/02/2022
01:00 MYT
Kerajaan jamin akan ada 600,000 peluang pekerjaan tahun ini - Tengku Zafrul
RM4.8 bilion dana diperuntukkan untuk inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan tahun ini di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia, yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.
Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran turut akan dianjurkan dalam merancakkan kembali sektor pekerjaan yang terjejas dek pandemik.
Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai, berdasarkan pencapaian cemerlang tahun lepas yang berjaya melepasi angka 500,000 peluang pekerjaan yang ditetapkan dengan marjin yang agak besar.
“JaminKerja ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu insentif pengajian dan satu lagi MyStep serta program latihan dan peningkatan kemahiran atau ‘rescaling’ dan ‘upscaling’.
“Bagi insentif pengajian kerja ini permohonan insentif telah dibuka sebenarnya dari 17 Januari yang lepas, boleh dibuat melalui laman web Perkeso.
“Program MyStep adalah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja untuk menyertai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga kerajaan.
“Kerajaan juga sasarkan 220,000 pelatih menjalani ‘rescaling’ dan ‘upscaling’ dan semua yang dilatih akan dapat pekerjaan kerana kita memberi jaminan itu,” katanya.
Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diperuntukkan dana RM4.8 bilion itu akan dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Februari ini.
Pada majlis pelancaran itu nanti, kata Tengku Zafrul, akan ada lebih kurang 50 majikan dengan 2,500 peluang pekerjaan dibuka dengan sesi temuduga serta kaunseling kerja dan pelbagai aktiviti lagi akan diadakan.
Tonton sesi penuh temu bual dengan Menteri Kewangan dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Luqman Hariz, di sini:
Lebih banyak peluang pekerjaan dijamin tahun ini - Tengku Zafrul
Agenda AWANI: Ketahanan ekonomi Keluarga Malaysia
Topic Berkaitan
#JaminKerja
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#peluang pekerjaan
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan