awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor kenal pasti kawasan pindah kilang di Pasir Gudang - Osman

Bernama
Bernama
01/04/2019
14:14 MYT
Kerajaan Johor kenal pasti kawasan pindah kilang di Pasir Gudang - Osman
Osman juga berkata, pihaknya sedang merancang menaik taraf Pasir Gudang kepada sebuah bandar raya kerana penduduk di kawasan tersebut hampir mencecah 600,000 orang. - Gambar fail
Kerajaan negeri Johor sedang mengenal pasti beberapa kawasan yang sesuai dijadikan tapak untuk memindahkan kilang-kilang yang terdapat di kawasan Pasir Gudang.
Menteri Besarnya, Datuk Osman Sapian berkata ia bertujuan mengelakkan insiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, yang berlaku sejak 7 Mac lepas berulang selain menjamin alam sekitar (yang bersih) di kawasan itu.
Katanya, ia juga berikutan pihaknya sedang merancang menaik taraf Pasir Gudang kepada sebuah bandar raya kerana penduduk di kawasan tersebut hampir mencecah 600,000 orang.
"Tempat itu (Pasir Gudang) agak tidak sesuai untuk kita beri kelulusan bagi membina kilang-kilang yang akhirnya akan mencetuskan mungkin perkara sedemikian rupa (insiden Sungai Kim Kim).
"Jadi, kita sedang merancang untuk mengenal pasti satu kawasan yang lain, mungkin yang jauh dari Pasir Gudang yang sesuai untuk kita beri kelulusan sekiranya ada kalangan mereka untuk membina, sama ada kilang industri ringan atau industri sederhana," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri ucapan penggulungan Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk 'Reformasi Institusi' sempena Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata insiden berkenaan sememangnya berpunca akibat proses pengilangan yang telah wujud sejak 30 tahun lalu di kawasan tersebut.
"Pada ketika itu Pasir Gudang belum ada pembangunan pesat dan agak sesuai masa itu (untuk mendirikan industri kilang), tetapi hari ini tidak sesuai. Jadi, kita nak 'relocate' ke tempat lain bagi menjamin alam sekitar di sana.
"Mungkin di bahagian Kota Tinggi atau kawasan sebelah Kluang, atau Simpang Renggam, dan sebagainya," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#kilang johor
#Menteri Besar Johor
#Osman Sapian
#Pasir Gudang
#pencemaran
#sisa bahan kimia
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan