awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited kemas kini maklumat secara berkala, telus kepada rakyat - Fadillah

Bernama
Bernama
02/04/2026
09:07 MYT
Kerajaan komited kemas kini maklumat secara berkala, telus kepada rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rakyat berhak mengetahui langkah sedang diambil, termasuk usaha memastikan bekalan terjamin di seluruh negara. - Gambar fail
Kerajaan komited untuk terus menyalurkan maklumat terkini secara berkala dan telus berhubung situasi semasa krisis bekalan dan harga tenaga global, bagi memastikan rakyat mendapat gambaran sebenar tanpa menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rakyat berhak mengetahui langkah sedang diambil, termasuk usaha memastikan bekalan terjamin di seluruh negara.
“Kerajaan akan terus berkomunikasi dengan jelas tanpa menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu, selain bekerjasama rapat dengan industri, dan membendung tekanan kenaikan harga sedaya upaya,” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan mesej Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang menggesa semua pihak supaya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat, khususnya ketika negara berdepan cabaran global.
Fadillah berkata kejayaan negara dalam mengharungi krisis ini juga bergantung kepada peranan semua pihak.
“Saya menyeru kepada rakyat dan komuniti perniagaan untuk bersama kerajaan dalam menggunakan tenaga secara berhemat, mengelakkan pembaziran dan memastikan setiap penggunaan adalah perlu dan efisien.
“Dalam menghadapi cabaran global seperti ini, kekuatan kita terletak pada disiplin, kerjasama dan keyakinan bersama. Dengan usaha bersama, insya-Allah Malaysia akan kekal stabil dan berdaya tahan,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#krisis tenaga global
#maklumat tidak sahih
#harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan