awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan konsisten bela hak, kebajikan wanita - Anwar

Bernama
Bernama
08/03/2024
08:49 MYT
Kerajaan konsisten bela hak, kebajikan wanita - Anwar
Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, Anwar dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita di negara ini.
Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, Anwar dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.
“Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutama di Malaysia.
“Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat, selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,” katanya.
Beliau turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan.
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Hari Wanita Antarabangsa
#Anwar Ibrahim
#Wan Azizah Wan Ismail
#pencapaian wanita dalam pelbagai bidang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan