awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan laksana kajian untuk perkukuh perundangan tangani jenayah dalam talian - Azalina

Bernama
Bernama
20/12/2023
13:21 MYT
Kerajaan laksana kajian untuk perkukuh perundangan tangani jenayah dalam talian - Azalina
Azalina berkata usaha yang termasuk kajian perbandingan dan konsultasi awam itu akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula bulan depan dengan kerjasama ahli akademik di universiti tempatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjalankan kajian untuk mendapatkan satu keputusan dasar berhubung pindaan kepada perundangan sedia ada dan penggubalan undang-undang baharu mengenai prosedur dan kuasa bagi menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan hari ini berkata usaha yang termasuk kajian perbandingan dan konsultasi awam itu akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula bulan depan dengan kerjasama ahli akademik di universiti tempatan.
"Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk terus menangani isu jenayah dalam talian bagi memastikan kewujudan persekitaran digital yang selamat untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata inisiatif itu akan dilaksanakan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Perkara itu hasil keputusan mesyuarat antara BHEUU, NFCC, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), yang dipengerusikan beliau hari ini.
"Sebagai tindak balas kepada cabaran yang semakin meningkat yang disebabkan oleh ancaman jenayah dalam talian, Kerajaan Perpaduan menggiatkan usaha dan komitmennya untuk memerangi jenayah dalam talian melalui reformasi perundangan selaras dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi.
"Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti cabaran dan undang-undang sedia ada di bawah pelbagai kementerian dan/atau agensi yang berhubungan dengan ancaman jenayah dalam talian dan mengenal pasti langkah perundangan yang komprehensif yang boleh membanteras jenayah tersebut," katanya.
Menurut kenyataan itu, lebih RM173 juta jumlah kerugian dilaporkan setakat 30 Nov lepas dengan 8,213 kertas siasatan dibuka NFCC, PDRM, MCMC dan BNM melibatkan pelbagai peruntukan termasuk melibatkan 529 akaun yang dibekukan dengan nilai lebih RM65.9 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumlah kerugian
#PDRM
#dalam talian
#perkembangan teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan