awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan laksana Program Dermasiswa B40 TVET

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/06/2022
03:15 MYT
Kerajaan laksana Program Dermasiswa B40 TVET
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Minggu TVET Negara 2022. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disasarkan melanjutkan pengajian dalam program TVET menjelang 2025.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia selaras dengan apa yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).
"Sehubungan itu, aspek akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan program TVET harus ditambah baik.
"Pendedahan perlu dilaksanakan seawal usia muda supaya anak-anak kita lebih celik tentang potensi laluan kerjaya TVET," katanya ketika berucap merasmikan Minggu TVET Negara 2022 di sini, hari ini.
Keprihatinan kerajaan terhadap TVET katanya, diserlahkan dengan pembiayaan yang tinggi, di mana 80 peratus penyedia TVET awam menawarkan program TVET secara percuma.
Dalam masa yang sama kerajaan turut bersetuju untuk melaksanakan Program Dermasiswa B40 TVET.
"Bagi meningkatkan motivasi dan galakan pelajar untuk memilih bidang TVET, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 TVET, khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di IPTA bawah seliaan KPT tahun ini," katanya lagi.
Pengambilan pertama katanya akan melibatkan 1,000 orang pelajar dengan kerajaan menjangkakan program tersebut melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.
Bagaimanapun beliau yakin, program tersebut mampu menawarkan lebih banyak peluang kepada belia di negara ini terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#SPM
#TVET
#ismail sabri yaakob
#Program Dermasiswa B40 TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan