awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mulakan PLSB tangani banjir di kawasan Sungai Golok - Tuan Ibrahim

Bernama
Bernama
05/07/2020
12:08 MYT
Kerajaan mulakan PLSB tangani banjir di kawasan Sungai Golok - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata pelaksanaan projek bernilai RM1.029 bilion itu dilakukan dalam tiga fasa. - Bernama
Kerajaan telah memulakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Sungai Golok bagi menangani masalah banjir yang melanda kawasan tersebut saban tahun.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaksanaan projek bernilai RM1.029 bilion itu dilakukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama yang dijangka siap pada April 2022 menelan belanja RM300 juta.
"Projek ini akan memberi manfaat kepada 45,700 penduduk, meliputi kawasan seluas 225 kilometer (km) persegi," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek PLSB, Sungai Golok (Kesban) di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata komponen utama projek membabitkan kerja-kerja tebatan banjir dan kerja-kerja di muara Sungai Golok.
"Komponen kerja-kerja tebatan banjir melibatkan pembinaan ban banjir Sungai Golok sepanjang 26 km, ban banjir Sungai Mentua (8 km), ban banjir di Sungai Lemal, Lanchang (19 km) dan pembinaan pintu air Kuala Jambu.
"Kerja penambahbaikan di muara Sungai Golok turut akan dilaksanakan dengan pembinaan benteng dinding dan penyediaan laluan pelayaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#kerajaan
#menteri
#PLSB
#Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu
#Sungai Golok
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan