awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN

Bernama
Bernama
31/03/2026
13:21 MYT
Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas, prosiding berkaitan perkara berkenaan telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai A
Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas, prosiding berkaitan perkara berkenaan telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam hal ini, Shamsul Azri berkata Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg berhubung dakwaan tersebut.
Semalam, agensi berita asing itu menyiarkan laporan mendakwa terdapat campur tangan dalam garis masa pendedahan siasatan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KSN
#Shamsul Azri Abu Bakar
#Bloomberg
#SPRM
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan