awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri dibantu walaupun berbeza fahaman politik - Najib

Bernama
Bernama
27/02/2015
10:26 MYT
Kerajaan negeri dibantu walaupun berbeza fahaman politik - Najib
NAJIB: Semua kerajaan negeri akan dipastikan mendapat bantuan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan meskipun berbeza fahaman politik. -Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua kerajaan negeri akan dipastikan mendapat bantuan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan meskipun berbeza fahaman politik.
Perdana Menteri mengambil contoh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan berkaitan aspek kebajikan rakyat, yang disifatkan beliau sebagai amat murni dan perlu diteruskan.
Dalam Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjumpaan Dengan Menteri Besar Kelantan yang dimuat naik dalam laman blog peribadinya www.najibrazak.com hari ini, Najib berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan rakyat Kelantan.
"Pada Isnin yang lalu, saya telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya di mana kami telah membincangkan beberapa perkara berkaitan kebajikan rakyat Kelantan yang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.
"Saya merasakan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yaakob adalah sebuah usaha yang amat murni.
"Kerjasama ini perlu dipertingkatkan demi kebajikan rakyat Kelantan dan pemerkasaan ummah," katanya dalam audio berdurasi 1 minit 17 saat berkenaan.
Pada Isnin lepas, Najib bertemu dengan Ahmad di Putrajaya bagi membincangkan dua isu utama berkaitan kesejahteraan rakyat Kelantan iaitu persiapan akhir migrasi air dan jajaran "Central Spine Road" sepanjang 417 kilometer dari Kota Baharu, Kelantan sehingga ke Simpang Pelangai, Pahang.
Perdana Menteri dalam catatan di laman Facebook miliknya selepas itu turut memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan mengadakan perbincangan.
Topic Berkaitan
#bantuan
#fahaman politik
#kebajikan rakyat
#kerajaan negeri
#najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan